Isnin, 28 Mei 2012

KERETA NASIONAL : Antara kualiti dan harga,rakyat malaysia dipermainkan ?

 

Hari ini kami petik laporan Utusan Malaysia berkenaan perbandingan harga kereta di Malaysia yang cuba dilakukan berbanding harga negara Asean yang lain. Bukan setakat harga kereta import yang memang ada perbezaan dikalangan negara-negara Asean, harga kereta Nasional sendiri pun ada perbezaannya.
Bagi kami laporan berita Utusan ini kurang mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang “terpaksa” membeli pada harga kereta yang agak mahal di Malaysia.
Laporan penuh Utusan Malaysia

Harga di Malaysia Ke-2 Termahal

Harga kereta di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Singapura. Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI) di sini.
”Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,” kata MAI
Kenapa membandingkan negara maju seperti Singapura dengan negara membangun seperti Malaysia? Kenapa tidak bandingkan dengan negara-negara yang setaraf dengan Malaysia? Kalau dahulu jika dibuat perbandingan iaitu sekitar tahun 1990 apabila Malaysia yang dikenali sebagai negara “Harimau Asia” bersama-sama dengan Taiwan, Korea Selatan dan Singapura, masih lagi boleh diterima. Tetapi tidak sesuai dengan ekonomi Malaysia hari ini.
Hakikatnya GDP perkapita Singapura 5 kali lebih tinggi berbanding Malaysia. Malah GDP Singapura lebih tinggi dari GDP perkapita US. Berdasarkan semakan kami bagi data GDP Perkapita mengikut laporan laman web Tradingeconomics menunjukkan :
Laporan terkini Trading Economic
Sambung lagi membaca laporan Utusan Malaysia ini mengenai perbandingan kereta Malaysia dengan negara Asean lain…..
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari, harga Honda City dan Toyota Vios bagi segmen 1500 cc di Thailand adalah termurah di kalangan negara ASEAN iaitu 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia. Secara kasarnya, perbezaan harga jualan Honda City model 1.5S i-Vtec di Thailand adalah kira-kira RM34,192 lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.
Thailand tidak perlu ada kereta Nasional sendiri tetapi masih mampu menarik pelbagai pengeluar kereta utama dunia “bertapak” di Thailand dan hasilnya Thailand berpeluang menawarkan harga kereta yang lebih munasabah kepada rakyatnya sendiri. Pelik, sebuah negara yang suatu ketika dahulu “pernah melutut” dengan IMF disebabkan krisis kewangan 1997/1998 melibatkan negara-negara Asia, tetapi hari ini harga kereta di Thailand masih murah sehingga RM34,000 berbanding harga kereta di Malaysia. Jikalau RM34,000 berjaya dijimatkan di Malaysia, berapa banyak manfaat yang diterima rakyat Malaysia?
Beliau berkata, kereta Honda City dan Toyota Vios juga dijual rendah di Filipina, Indonesia dan Vietnam berbanding Malaysia iaitu masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus.
”Tidak dinafikan bahawa jika diteliti harga jualan kenderaan bagi model-model popular adalah lebih tinggi di negara ini, tetapi ia berbeza jika dibandingkan dengan Singapura,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Sesekali patut dibuat perbandingan antara tahap pengangkutan awam antara Malaysia dengan Singapura. Di Mana Malaysia pada ketika itu?
Bagi segmen 1800 cc, harga Honda Civic di Filipina adalah 43 peratus lebih murah berbanding di Malaysia manakala Thailand dan Vietnam, masing-masing lebih rendah sebanyak 35 peratus dan lima peratus berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia. Bagaimanapun, harga Honda Civic yang dijual di Indonesia tiga peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di negara ini.
Harga Toyota Altis di Thailand terus kekal sebagai termurah di ASEAN dengan 44 peratus lebih rendah dari Malaysia, manakala Filipina (38 peratus), Indonesia (29 peratus) dan Vietnam sebanyak tujuh peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia. Bagi segmen 2,000 cc dan ke atas, harga Toyota Camry yang dijual di Filipina dan Thailand adalah termurah di ASEAN dengan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus lebih murah berbanding harga jualan di negara ini.
Bagaimanapun harga jualan bagi model itu di Indonesia dan Vietnam adalah 11 peratus dan lima peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di sini. Madani menambah, setiap model yang dinyatakan adalah lebih mahal di Singapura. Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Sepatutnya harga kereta Malaysia boleh rendah lagi berbanding dengan negara lain dengan membuang tongkat (subsidi) yang diberikan Proton. Berikan rakyat Malaysia peluang untuk memilih kenderaan yang diingini mereka pada kadar harga yang munasabah. Cuba bandingkan juga daripada segi kualiti dan penyelenggaraannya bagimana? Untuk membuat perbandingan dengan Singapura sahaja agak tidak sesuai kerana disana semua kereta adalah CBU.
Tidak cukup lagi, harga kereta Nasional yang djual di luar Malaysia didapati lebih murah berbanding apabila dijual di Thailand. Rakyat sendiri? Mengapa boleh jadi begini?
”Bagi perspektif di luar negara, secara realitinya seseorang individu ingin membeli kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. ”Pengangkutan awam merupakan pilihan tetapi memiliki kenderaan sendiri adalah lebih selesa,” ujarnya.
Walaupun begitu, MAI telah melakukan analisis mendalam bagi menilai kos penyelenggaraan kenderaan berbanding kos kenderaan baharu. Kos-kos tersebut meliputi yuran pendaftaran, bayaran premium insurans, cukai jalan dan bahan bakar. Setiap kos tersebut dipanggil sebagai Kos Pemilikan Kenderaan (CVO).
Madani berkata, kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam. Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.
Kata Madani, bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan di Malaysia, Filipina dan Vietnam adalah terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.
”Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,” ujarnya.
Hurmmm…..Hakikatnya Thailand tiada cukai jalan, tiada tol yang dikenakan kepada rakyatnya sendiri. Tetapi minyak mahal mereka memang mahal disebabkan mereka tiada minyak. Sekali lagi mereka tiada minyak. Oleh sebablah itulah mereka terpaksa mengimport minyak dan mengenakan harga yang lebih mahal kepada rakyatnya.
Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina. (Utusan Malaysia)
Mengapa cuba membandingkan harga minyak di Malaysia dengan negara-negara yang tiada minyak. Negara Filipina tiada minyak. Vietnam pun sama tiada minyak. Singapura pun tiada minyak.  Kenapa tidak bandingkan dengan Brunei yang juga mempunyai simpanan minyak seperti Malaysia??
Akhirnya, apa yang dapat kami teliti dan perhatikan di sini, kajian dan laporan ini cuba memberi kesimpulan bahawa:
  • Harga kereta di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara jiran, Singapura
  • Cukai jalan dan insurans paling rendah dalam kalangan negara-negara Asean
  • Paling penting harga minyak termurah dalam negara Asean
Bagi kami, tidak cukup membandingkan harga kereta Malaysia lebih murah dengan perbandingan sebegitu tetapi dalam pada masa yang sama kami lihat semacam ada “ketakutan” untuk memberitahu fakta sebenar dengan tidak membuat perbandingan daripada pelbagai aspek dan faktor.
Tidak perlu bercerita soal patriotik di sini, sebabnya rakyat Malaysia sendiri yang membayar harga yang tinggi kereta tersebut. Jadi mereka ada hak untuk mempersoalkannya dan memberikan cadangan ke arah kebaikan. Sedangkan Penasihat Proton sendiri pun sudah mula beralih kepada pengeluar kereta yang lebih baik daripada Proton.
Malaysia tidak teruk mana, tetapi bukanlah lebih baik jika rakyat Malaysia mengimpikan sesuatu yang lebih baik apatah lagi negara kita sebenarnya mampu menju ke arah itu.
  • Isunya adalah rakyat Malaysia sepatutnya ada kemampuan beli kereta yang baik, selesa, selamat dan berkualiti pada harga piawai (merujuk kepada standard pasaran dunia)
  • Samada mereka mahu beli atau tidak, terpulang…..
Mungkin ada yang mempersoalkannya, kalau benarlah harga kereta Malaysia mahal mengapa jalan raya sesak dipenuhi dengan lambakan kereta? Untuk menyelesaikan masalah ketidakmampuan rakyat Malaysia yang dahulu hanya berdepan dengan hutang pinjaman maksimum hanya 5 tahun  sahaja, sekarang sudah jadi berapa? Penyelesaiannya walaupun tanpa downpayment, rakyat Malaysia sudah boleh membeli sebuah kereta dengan dibebankan hutang selama 15 tahun. Selesai masalah rakyat Malaysia…..

 TUN HITLER.......
     Salah satu masalah utama tentang produk-produk automotif keluaran tempatan ialah kualiti. Kualiti kenderaan tempatan boleh dikatakan tidak setanding dengan kenderaan luar negara yang sekelas dengan kereta tempatan.Jika dibuat perbandingan antara harga dan kualiti kereta-kereta tempatan boleh kita rumuskan sebagai mengecewakan sehingga ada model yang baru dikeluarkan mengalami kerosakan yang tidak sepatutnya ketika dipandu uji..........


model baru Proton Preve mengalami kerosakan ketika di pandu uji pelangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan