Sabtu, 12 April 2014

MH370 : Sumber terbaru dari Agensi Perisikan Russia - FSB

PENUMPANG MH370 MASIH HIDUP - Agensi perisikan Russia FSB



     Sumber dalam perkhidmatan rahsia FSB negara berkata, pesawat itu telah dirampas dan terbang berdekatan dengan sempadan Pakistan.
Boeing 777 telah hilang sejak 8 Mac dan ia berfikir kotak hitam yang memegang rahsia penerbangan mungkin telah kehabisan bateri .Terdapat 239 orang di atas kapal pesawat Malaysia Airlines, yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.Sumber itu memberitahu sebuah akhbar Rusia: Semua penumpang masih hidup , mereka telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan hidup di pondok lumpur dengan hampir tidak ada makanan, "melaporkan Matahari.Laporan itu menambah bahawa 20 penumpang yang Asia " pakar" telah diseludup ke kubu di Pakistan.Pencari mencari pesawat yang hilang telah menemui isyarat baru sejajar dengan yang dipancarkan oleh kotak hitam di Lautan selatan India.

OCEAN SHIELD

Mereka telah mencari bangkai untuk lebih sebulan dan baru-baru ini " ping " yang dipancarkan oleh kotak hitam telah menerajui terbaik setakat ini.Bateri kotak hitam ' biasanya kehabisan bateri sebulan selepas kemalangan.Angus Houston , ketua agensi bersama menyelaras carian, berkata bahawa tentera laut Australia Lautan Shield meningkat dua isyarat.Beliau menambah: "Saya sekarang yakin bahawa kita akan dapati pesawat, atau apa yang tinggal pesawat, di masa akan datang tidak -terlalu -jauh - tetapi kita tidak menemui lagi, kerana ini adalah perniagaan yang sangat mencabar. "Itu yang Australia meningkat isyarat lain awal minggu ini. Tetapi pencari China juga dikesan " ping " - 345 batu jauhnya.
Pencarian Malaysia Airlines MH370 penerbangan telah mengambil hampir sebulan
Kehilangan Malaysia Airlines Penerbangan 370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing telah mencetuskan salah satu misteri terbesar penerbangan itu.Carian telah beralih dari perairan Vietnam, ke Selat Melaka dan kemudian ke perairan di Lautan Hindi di selatan sebagai data dari radar dan satelit telah dianalisis .

Isnin, 7 April 2014

PERANG DINGIN KEDUA BAKAL BERMULA ?.


     Bismillahir Rahmanir Raheem. Sekitar tahun 2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini. Pertama….
Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.
Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.
Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

Apa Hubungkaitnya Dengan Krisis Russia-Ukraine-US?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.
Sergei Glaziev Mh370
Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia

Antara Perkara Berani Yang Dibentangkan Ialah :

  1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
  2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
  3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia berada dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan.

Sergei Glaziev : Sistem Hutang + Riba Tidak Masuk Akal

Sergei Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.
Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.
China USA MH370Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu Sergei Glaziev mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.
Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuklear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.
Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.
Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.

Washington Risau Kebangkitan Rusia?

Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatuhah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.
Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the Sunmenyatakan bahawa Russia sedang menjalankan Ancshluss (penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan. Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut oleh negara barat.
Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus.
Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.Cyprus merupakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia menyimpan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu golongan rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar Russia.
Dari cara pujukan, ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan politik dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta simpanan dana di luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan.
Vladimir Putin, Barack ObamaVladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan Washington tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu.
Tiada guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh bergaya.
Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’.
Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’.
Tahukah sahabat-sahabat, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.

Modus Operandi Amerika Porak Perandakan Dunia?

Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.
Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majoriti daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras.
Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.
Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentimen membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.

Isnin, 10 Disember 2012

AES : KESELAMATAN RAKYAT ATAU PERUT KRONI...?


  AES ( automatic einforcement system) telah diperkenalkan oleh kerajaan  yang kononya sebagai salah satu cara untuk menggurangkan kadar kemalangan jalanraya di malaysia. Berbagai-bagai statistik dari negara lain yang menggunakanya di pamerkan sebagai salah satu cara untuk mengwajarkan penguatkuasaanya.Bagaimanapun statistik-statistik yang diambil dari negara luar itu gagal di padankan pula dengan statistik penggunaan kenderaan oleh rakyat di malaysia pula. Contohnya stastitik kemalangan di malaysia tinggi melibatkan pengguna motosikal sudah tentu disebabkan oleh penggunaan motosikal yang tinggi oleh rakyat malaysia dan ini tidak berlaku dinegara-negara lain yang menggunakan AES ini. Bagaimanapun statistik inilah yang diwar-warkan kerajaan tanpa menggambil kira perkara-perkara lain untuk dijadikan pertimbangan.

  Kesilapan terbesar AES adalah penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaanya. Mengapa tidak JPJ sahaja uruskan sendiri?  Apabila ramai yang sudah mengetahui setiap pembayaran saman AES, terdapat 2 syarikat akan mendapat habusan besar ini, ramai yang mula kurang berpuas hati dnegan cara pelaksanaan seperti ini. Walaubagaimanapun, hasil saman AES tidak mengecewakan kedua-dua syarikat yang mengendalikan saman AES ini, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd di mana……..
AES Check Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
kamera AES dirosakan oleh rakyat yang marah
Di mana, berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03 Disember 2012 berkaitan AES bagi soalan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed.
Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:


  • (i) kesalahan pertama – memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman;
  • (ii) kesalahan kedua – melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899 saman; dan
  • (iii) kesalahan mengikut negeri, iaitu:
  • (a) Perak – saman dikeluarkan 81,001 saman;
  • (b) Selangor – 142,809 saman;
  • (c) Kuala Lumpur 10,213 saman; dan
  • (d) Putrajaya – 22,876 saman.
Jumlah 256,899 saman AEs yang telah dikeluarkan setakat ini. Baru 14 lokasi beroperasi selama 2 bulan sejak 23 September 2012. Dijangka anggaran sekitar 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 mampu mereka perolehi. Ini baru di 14 lokasi. Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi kelak?
  • Oleh itu, 1 saman RM300 : 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 dan daripada RM77,069,700.00 itu kedua-dua syarikat dijangka akan perolehi sekitar RM4,110,384.00.
AES JPJ Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan seperti anda supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika anda bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.
Jikalau ramai yang tahu hak masing-masing pasti tidak akan membayar terus saman yang diterima. Ini kerana saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.
Dan saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.
Ok contoh pertuduhan mengenai saman AES ini di mahkamah :
“Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)”
Adakah kamu mengaku bersalah?
Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima & maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga & penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan jaminan berkelakuan baik.
Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan, maka Mahkamah akan melepaskan OKS.
Saman AES VS Saman POlis Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
JPJ hanya menguatkuasakan undang-undang, tetapi bukan mereka yang menentukan samada anda bersalah atau tidak. Itu adalah kerja mahkamah yang menentukannya. Ditambah pula baru-baru ini……
  • 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di Mahkamah majistret Kuala Lumpur
  • Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, yang hadir untuk kes mereka didengar mahkamah
  • Yang menariknya di sini, 14 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah. Dua puluh empat orang yang mengaku bersalah itu didenda RM300 manakala 20 lagi diberi amaran. Nampak di situ?
P/S : Usaha Beta tegap Sdn. Bhd. & ATES Sdn. Bhd. tidak sia-sia. Nampaknya usaha mereka mula berhasil, mereka akan terus bekerja keras untuk melipatkan jumlah perolehan melalui “bisnes saman trafik ini” pada masa akan datang bagi membolehkan mereka menampung kos pelaburan yang dilakukan mereka berjumlah RM400 juta secepat mungkin sekaligus mula menuai hasil keuntungan selepas daripada itu.

LAGI BERITA MENGENAI AES DISINI

Ahad, 4 November 2012

TUN MAHATHIR akui : 55 tahun dibawah UMNO,Melayu masih mengemis dibumi sendiri

Sebab Melayu Miskin Sila Menyokong UMNO. Jika Tidak, Orang Melayu Akan Miskin & Merempat di Tanah Air Sendiri!!
Mahathir. Satu nama yang cukup dikenali sebagai pemimpin NO. 1 yang paling lama memerintah Malaysia iaitu selama 22 tahun.
Walaupun sudah lama bersara, tetapi beliau masih lagi lantang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan samada melalui tulisan di blognya ataupun di mana sahaja, lebih-lebih lagi Malaysia….bakal melalui pertarungan politik paling sengit dalam sejarah Malaysia tidak lama sahaja lagi……
Sebelum ini, Tun Mahathir cukup terkenal dengan kenyataan seperti :
 ”lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal
Yang mana syaitan merujuk kepada Barisan Nasional manakala Malaikat merujuk kepada Pakatan Rakyat. Katanya :
  • “malaikat” itu bukanlah golongan yang suci kerana “Kadangkala”, malaikat juga boleh buat banyak perkara salah
  • walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan
Terbaru satu lagi bentuk peringatan yang ditujukan semasa berlangsungnya Kongres Ekonomi Melayu baru ini-baru ini, di mana kali ini dikhususkan kepada orang Melayu. Katanya :
  • “Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan”
  • “Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit,”
Kalau anda semak semula kenyatan di dalam video ucapannya semasa berlangsung Kongres Kesatuan Melayu, Mahathir ada mengingatkan kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.
  • “Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita”
Dalam erti kata lain, dalam bentuk yang lebih mudah difahami, apa yang cuba disampaikan di sini bermaksud “rezeki anda, anda semua pada masa akan datang di tangan UMNO…Kalau tidak, anda akan mengemis macam pengemis di bumi sendiri”

Video Ucapan Tun Mahathir Semasa Kongres Kesatuan Melayu

 

 

Apa yang perlu kita fikirkan di sini kata-kata Tun Mahathir ini banyak percanggahannya.
  • Adakah Melayu akan kaya kerana memangkah UMNO atau Melayu UMNO sahaja yang akan kaya?
  • Jika Mahathir lebih mengkhususkan kepada bangsa Melayu, ramai lagi rakyat Kelantan yang miskin. Adakah disebabkan mereka menyokong PAS?  Oleh itu, mana-mana Melayu yang menyokong PAS akan jatuh miskin papa kedana?.
  • Ataupun menyokong dan memangkah PAS akan jatuh bankrap?
  • Siapakah sebenarnya yang akan miskin, sesetengah Melayu UMNO atau orang Melayu secara keseluruhannya jika UMNO dan juga Barisan Nasional tidak mendapat kuasa politik di Malaysia selepas ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
  • Jadi….yang mana satu?
Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Menjadi penyokong sesebuah parti tidak mencerminkan keinginan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Ahli UMNO ada sekitar 3 juta-4 juta orang ahli. Apa jadi kepada 24 juta – 25 juta rakyat Malaysia yang lain?Adakah mereka benar-benar menyokong BN ?
Tetapi itulah konsep di Malaya ini yang selama ini selalu digunakan dalam politik negara antaranya ialah :
‘if u are not with me, you’re against me’
Bangsa Melayu sudah dilihat semacam bergantung nyawa dengan politik untuk mencari sesuap nasi dan kekayaan. Mana lagi bagus & lebih berdaya saing? Orang Melayu yang masih lagi ‘degil’ tidak mahu bergantung harap dengan hubungan & sokongan politik semata untuk berjaya atau orang Melayu yang masih lagi mengharapkan bantuan & silap mata daripada orang politik untuk berjaya?
Suka untuk kami mengimbau kembali hasil tulisan popular Pendeta Za’ba yang pernah dinukilkan sekitar pada tahun 1927 :
"Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya. Iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri."
Berdasarkan kajian yang dilakukan dasar ekonomi yang ada dilakukan selama ini meletakkan  :
  1. 40% daripada rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut adalah orang Melayu?
  2. 8 juta lebih Melayu masih lagi mempunyai pendapatan kurang dari RM1500. Anda anda salah seoarang daripada yang termausk dalam golongan ini?
Bukankah dasar ekonomi yang dilancarkan Datuk Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi yang dicetuskan semasa di zaman Dr Mahathir?
P/S : Kami ulang sekali lagi seperti dalam laporan berita DI SINI, mana yang lebih bagus? Menjadikan “sahabat anda” seorang bilionaire di Malaysia ataupun mewujudkan lebih ramai sekitar  1,000 jutawan di Malaysia?


LAGI PAPARAN MENGENAI NASIB MELAYU DIBAWAH UMNO dibawah..........

 . UMNO cuba gadai tanah Kampung Baru pada bangsa asing
 . Tanah rezab Melayu tergadai angkara UMNO 

Sabtu, 28 Julai 2012

FAKTA SEBENAR ISU AIR SELANGOR



Krisis air Selangor 

  Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini ?. Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat ?. Persoalan ini yang harus difahami  dan di kaji secara bijak oleh rakyat selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja.

Krisis air Selangor : : Air mentah atau air terawat ?

  Pada permulaan isu ini ,pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13.Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek  LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah?ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini.
  Realiti fakta sebenar ialah  Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi. Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor. Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah ,mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? .Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja? ,dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka.

Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan
                                air Selangor.

 Pemantauan  Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS ‘beroperasi di bawah keupayaan’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian “agar rakyat tahu kedudukan sebenar”.
Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:
  • Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter   sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
  • Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
  • Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.
Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.


Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1 ?

  Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS&Kerajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak.
  Seperti yang telah diperjelaskan di atas,masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi?. Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor?. Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu?
  Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini. Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air . Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat ,tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula,sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor .


Krisis air Selangor : Kesimpulanya

 Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukanya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini .
  Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas ,maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor.
  Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan.
 

Lagi komen mengenai KRISIS AIR SELANGOR klik disini



Jumaat, 6 Julai 2012

ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( siri 2)

 

UMNO TIPU SULTAN- GHAZALI JAWI ENGGAN LETAK JAWATAN MB (1974-1977)


Sultan Idris Shah II
   UMNO terlupa kisah penipuan dan derhaka mereka kepada Sultan Perak selepas pilihanraya Ogos 1974.Ketika itu,Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengemukakan nama Ghazali Jawi (bapa kepada Tajol Rosli) untuk diperkenankan menjadi Menteri Besar Perak.Sultan Idris Shah II enggan memberi perkenan kerana Ghazali Jawi telah ditangkap atas tuduhan rahsuah sewaktu kali pertama menjadi Menteri Besar perak pada tahun 1960.
  Perlantikan Menteri Besar Perak tertangguh selama lebih sebulan sehingga Septembr 1974.Tun Razak melantik Ishak Tadin menjadi perunding untuk menyelesaikan krisis antara Sultan Idris Shah dengan menyatakan bahawa Tun Razak memohon Baginda Sultan melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar dengan bersyarat iaitu lantikan bertempoh hanya dua tahun sahaja.Selepas tempoh itu ,Sultan boleh melantik ADUN lain sebagai MB. Akhirnya Ghazali Jawi mengankat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 4 September 1974.

Tan Sri Ghazali Jawi
   Dua hari selepas itu,Sultan memanggil Mokhtar Petah mengadap Baginda di Istana Tambun,Ipoh. Mokhtar Petah memaklumkan kepada Sultan bahawa tiada termaktub dalam perlembagaan yang Sultan boleh melantik seorang Menteri Besar untuk tempoh dua tahun sahaja. Apabila dimaklumkan akan hal itu,Sultan amat kesal dengan perlantikan yang telah dibuat.Mokhtar memohon agar Sultan bersabar untuk mengelakkan krisis antara parti politik yang memerintah (UMNO) dengan istana. Baginda bersetuju walaupun amat terkilan kerana UMNO telah memperdaya Baginda dengan janji-janji yang tak mungkin boleh ditunaikan. Setelah berlalu tempoh dua tahun,Ghazali Jawi tidak mahu berundur dari jawatan Menteri Besar. Sultan telah membangkitkan janji Perdana Menteri (melalui Ishak Tadin) mengenai tempoh dua tahun sahaja sepatutnya Ghazali Jawi menjadi MB. Ghazali Jawi dan pemimpin-pemimpin UMNO telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata " Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan boleh melantik ahli dewan undangan negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun sahaja" .

Tajol Rosli Ghazali .Bekas MB perak dan
dan juga anak kepada TanSri Ghazali Jawi

  Pergerakan  Pemuda UMNO berkeras dengan pendirian " Sultan Perak mempunyai hak memberi perkenan melantik seseorang memegang jawatan Menteri Besar ,tetapi setelah diperkenan perlantikan itu Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan negeri untuk memecat atau memerintahkan Menteri Besar supaya meletak jawatan". " Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari menjadi Menteri Besar adalah hak seorang Presiden UMNO sahaja". Krisis antara Sultan Idris Shah dengan UMNO Perak berlarutan sehingga tahun 1977. Sepanjang tempoh itu,UMNO Perak berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan menyokong bekas Menteri Besar Kamarudin Mat Isa manakala satu kumpulan lagi menyokong Ghazali Jawi untuk terus menduduki kerusi Menteri Besar.
  Oleh kerana tidak berbuat apa-apa untuk menyingkirkan Ghazali Jawi daripada kerusi Menteri Besar Perak,maka Sultan yang dalam keadaan kecewa telah bernazar "selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan,Baginda akan terus menyimpan janggut,jambang dan misai serta tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan exco kerajaan selama dua tahun". Ghazali Jawi hanya melepaskan jawatanya pada tahun 1977 atas kehendak Perdana Menteri baru iaitu Tun Hussein Onn. Selepas itu Sultan Idris Shah melantik Dato Seri Mohamad bin Haji Wan Teh sebagai Menteri Besar yang baru.

UMNO PENDERHAKA SEBENAR - DERHAKA DATO ONN

  Melayu derhaka hanya muncul setelah lahirnya UMNO di bumi beradat ini. Dibawah pimpinan UMNO,Melayu menjadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa dimata rakyat. Sejarah membuktikan UMNO berulangkali mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun dicelah-celah pengkhianatan itu ,UMNO licik dengan lakonanya sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja.
Dato Onn Jaafar

  Derhaka Melayu moden abad ke 20 bermula dengan kritikan terbuka Dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920an. Dato Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Kemurkaan Sultan Ibrahim membawa kepada tindakan memecat Dato Onn daripada jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927. Pada tahun yang sama ,abang Dato Onn iaitu Dato Abdullah Jaafar telah dipecat daripada jawatan Menteri Besar dan dilucutkan semua gelaran diikuti dengan hukuman buang negeri bersama Che Dara Jaafar iaitu kakak kepada Dato Onn. Derhaka itu diteruskan oleh Dato Onn dengan cara mengkritik dan menghina Sultan Johor sepanjang menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura sekitar tahun 1930an.
   Dato Onn kembali ke Johor pada tahun 1936 dan berjaya mendapat semula kedudukan dalam pentadbiran negeri Johor sehingga dilantik memangku tugas Menteri Besar pada Oktober1946. Ketika itu Dato Onn adalah Presiden Umno yang pertama.
   Pada tahun 1947, dato Onn atas kapasiti Presiden Umno telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang diisi oleh seorang Melayu bukan dari istana. Cadangan itu mengakibatkan kemurkaan sekelian Raja-Raja Melayu kerana nyata ia bermaksud meletakkan seorang Melayu bukan Raja dikedudukan lebih tinggi daripada Raja-Raja. Sekelian Raja-Raja terutamanya Sultan Badlishah (Sultan Kedah) mengisytiharkan Dato Onnsebagai penderhaka.
Hishammudin Tun Hussein ( menteri
KDN kini) ,cucu kepada Dato Onn
Jaafar

  Isu itu membawa kepada pertembungan terbuka diantara Umno yang dipimpin oleh Dato Onn dengan raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Sultan Kedah. Kemuncak perbalahan itu ialah serangan Umno terhadap Sultan Kedah dengan cara menghina baginda semau-maunya pada tahun 1948. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-Raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang mengatasi ketinggian Raja-Raja itu.
Selepas itu, Umno meneruskan derhaka yang lebih melampau dalam perlbagai isu. Dato Onn berulangkali menuduh Raja-Raja mungkir janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Mesyuarat agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 telah melemparkan tuduhan bahawa Raja-Raja lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat Melayu biasa. Umno juga menuduh Raja-Raja telah berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno melalui penguatkuasaan larangan berpolitik terhadap pegawai kerajaan bangsa Melayu.
Demonstrasi anti penderhakaan
Dato Onn Jaafar
  Umno menderhaka pada tahap paling melampau apabila menuduh Sultan Kedah sebagai “kacang lupakan kulit” dan mengugut untuk menggerakkan rakyat menamatkan sistem pemerintahan beraja. Sultan Kedah kemudiannya bercadang mengharamkan Umno dinegerinya manakala Sultan Johor memaksa Dato Onn meletak jawatan Menteri besar pada 17 Jun 1949.
  Umno menderhaka kepada raja seawal umurnya masih bayi dizaman Presiden yang pertama lagi.


                    BERSAMBUNG KE SIRI 3


Sambungan..

- ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( SIRI 1)

Jumaat, 29 Jun 2012

ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan (siri 1)


Isu kenyataan Nizar di Twitter mengenai  WWW 1 
 
  Sekali lagi UMNO akan memainkan isu "derhaka pada raja-raja" dengan mengunakan isu WWW 1 sebagai asas untuk menjatuhkan imej DATO SERI NIZAR JAMALUDIN.Tempoh hari beberapa anggota polis dari negeri Johor telah datang ke Ipoh ,Perak untuk menemui Nizar bertujuan untuk mengambil kenyataan beliau.Selepas ini besar kemungkinan akan ada tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Nizar bagi memuaskan hati pemimpin-peminpin UMNO yang mahu Nizar dijatuhkan.

  Sebagai mukaddimah dan pengenalan mengenai serangan UMNO mengenai isu "DERHAKA" ke atas pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat terutama kepada Nizar adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit sejarah-sejarah penderhakaan terhadap Raja-Raja melayu yang terang-terang telah dilakukan oleh UMNO sebelum ini.


Selayang pandang kemelut di negeri Perak

  Istilah "SEMBAH DERHAKA" oleh DS Nizar kebawah DYMM Sultan Perak pada 5 Februari 2009 adalah " sembah sopan lagi beradab" yang termaktub sebagai halal dalam adat istiadat dan budaya Melayu turun-temurun. Sembah begitu adalah adab tentang cara berbeza pendapat dengan Raja yang memerintah. Tiada cacat dan tiada celanya.

  " SEMBAH DERHAKA" bukanya bererti " menderhaka" dalam konteks menentang dan memberontakterhadap Raja. Ia cuma kaedah berbahasa dibawah bumbung istana semasa majlis perbincangan antara rakyat dengan Raja,seperti bahasa musyawarah dalam sidang mengadap di Balai Rong Seri istana Raja zaman berzaman.


   Pertembungan antar rakyat dengan istana di negeri Perak yang berlaku pada tahun 2009 adalah angkara UMNO ,lantaran hajat politik yang songsang dan tidak beretika.Demi hajat itu,UMNO tergamak berdiri di belakang Raja dan menolak baginda ke hadapan agar berkelahi dengan rakyat jelata.Setelahmemangsakan Raja untuk hajat politikyang menafikan mandat rakyat ,UMNO terus merosakkan imej istana di mata hati rakyat jelata melalui provokasi media cetak dan elektronik yang mereka kuasai.Tari UMNO memang berseni dan licik.Mereka berlagak mempertahankan Raja,mereka mencerca sang penderhaka .Kononya yang malang itu Raja dan yang celaka itu rakyat yang penderhaka.

Permintaan rakyat Perak pada Sultan

  Sebenarnya pertembungan itu ciptaan UMNO.Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat diransang supaya mengherdik istana .Apabila Raja terguris murka,UMNO melompat menjadi juara sembah taat dan setia  yang penuh kepura-puraan,Saat itu segala hajat UMNO pasti akan diperkenan oleh baginda tanpa berfikir panjang.Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara Divide and Rule.


Parameswara Sultan pertama Melaka



Sejarah ikatan taat setia rakyat dan Raja Melayu

  Catatan sejarah Bukit Seguntang menceritakan taat setia orang Melayu pada Raja bermula dengan " WADAT" antara Raja bernama Sang Sapurba yang bergelar Sri Tri Buana dengan rakyat yang diwalkili oleh Demang Lebar Daun.

Pendekar Melayu yang taat pada Raja
Sri Tri Buana diminta oleh Demang Lebar Daun agar menerima anak cucunya sebagai rakyat yang tidak dizalimi.Andai rakyat melakukan kesalahan,hukumlah mereka dengan adil dan saksama apatah lagi jika melanggar hukum syarak,maka keadilan syarak itulah yang utama. Sri Tri Buana kabulkan permintaan itu dengan syarat sekelian rakyat jelata jangan menderhaka kepada semua Raja dan keturunanya.
Kata Demang Lebar Daun " baiklah Tuanku,tetapi jika anak buah Tuanku yang dahulu mengubahnya ,maka anak cucu patik pun akan mengubahnya ia". Demikian " WADAT" antara kedua-duanya iaitu antara Raja dan Rakyat. Maka titah Sri Tri Buana " baiklah,kabullah hamba akan "wadat" itu.
Sempadan hak dan tanggungjawab antara Raja dan rakyat dalam kisah itu diakhiri dengan akuan" jikalau wadat ini dilanggari,dibalikkan ALLAH bumbung rumahnya kebawah,kakinya keatas" dengan maksud nescaya jadilah negeri itu porak peranda.

Ahli UMNO Terengganu menghina Sultan

  Menurut sejarah Melayu,antara keturunan Sri Tri Buana ialah Sultan Melaka dan keturunanya termasuk Sultan Perak dan Kesultanan Johor abad ke 16. Kesultanan Perak pada hari ini adalah keturunan Sultan Muzaffar Shah ,anaknda Sultan Melaka Sultan Mahmud Shah.Kesultanan Johor juga adalah keturunan Sultan Mahmud Shah namun telah berakhir pada tahun 1699 dengan peristiwa " mangkat dijulang" yang meshyur itu.
  Kesultanan Terengganu juga mempunyai hubungan dengan Melaka melalui jurai keturunan Bendahara. Pada awal abad ke 20 ,Sultan Zainal Abidin III bersama para ulama telah mengubah undang-undang tubuh negeri Terengganu yang dinamakan "Itqanul Muluk bi Taqdisis Suluk" yang menetapkan Sultan tidak boleh menyerahkan negeri itu kepada kuasa asingsebagai salah satu syarat untuk mendapatkan ketaatan rakyat. Jika dilanggar,maka tiadalah wajib lagi rakyat untuk menyembah taat setia kepada Raja. Selepas Raja menerima penasihat British pada tahun 1919,rakyat bangkit menentang melalui pemberontakan besar antara tahun 1924 hingga tahun 1928.              
                                                                                                                                                                          
Raja-Raja Melayu

  Sejarah bangsa Melayu dihiasi dengan adat istiadat dan budaya taat setia rakyat kepada Raja.Pantang bangsa Melayu menderhakai Raja. Sedikit cebisan  kisah-kisah kebangkitan rakyat menyanggah istana hanyalah dikala keadilan Raja benar-benar gersang sehingga rakyat terlalu derita. Selain itu ,kisah istana dan rakyat jelata indah belaka dengan junjung kasih taat setia selama-lamanya. Bagaimanapun ia tertakluk selagi mana istana menjungjung tinggi kedaulatan agama ISLAM yang sinonim dengan bangsa Melayu.

                                                                 BERSAMBUNG KE SIRI 2.........................................


Sambungan...

- ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( SIRI 2)