Ahad, 20 Julai 2014

SENARAI PENUH NAMA PENUMPANG DAN ANAK KAPAL PESAWAT MH-17






                                                        
Berkaitan........

- MH-17 SENARAI JUMLAH PENUMPANG DAN NAMA KREW PESAWAT

- PESAWAT MAS MH-17 TERHEMPAS


























Jumaat, 18 Julai 2014

MH-17 SENARAI JUMLAH PENUMPANG DAN NAMA KREW PESAWAT



Senarai Nama Penumpang MH17 Pesawat Malaysia Airlines, Juruterbang Pramugara, Pramugari MAS : Maklumat awal yang Berita Semasa perolehi setakat ini berdasarkan sumber tidak rasmi senarai nama penumpang MH17 telah mula didedahkan sedikit demi sedikit kepada umum.

Semuanya disebabkan dan berpunca daripada tragedi pesawat MH17 yang telah jatuh terhempas selepas dikatakan ditembak oleh peluru berpandu milik pejuang pemisah di Ukraine.
Dan sekarang ini.Sumber maklumat memaklumkan yang mana pihak Malaysia Airlines MAS telah mula menghubungi semua keluarga mangsa berdasarkan senarai MH 17 TERHEMPAS Malaysia Airlines, Juruterbang Pramugara, Pramugari MAS bagi memaklumkan mengenai tragedi yang bagi Berita Semasa adalah hari tragik bagi kita semua hari ini, dan musibah besar bagi negara kita Malaysia bagi tahun 2014.


  • Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
  • Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
  • Tidak diketahui : 39 orang
  • Jumlah warga Malaysia 35
  • Jumlah Penumpang : 280 orang
  • Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
  • Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Jumlah Senarai Nama Penumpang MAS MH17 : 295 orang



Senarai Penumpang MH17 Malaysia Airlines :  Nama Juruterbang Pramugara, Pramugari MAS & Penumpang

  1. Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin
  2. Kapten Choo Jin Leong Eugene
  3. Ahmad Hakimi Bin Hanafi
  4. Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim
  5. Mohd Ghafar Bin Abu Bakar
  6. Dora Shahila Bin Kassim
  7. Azrina Binti Yakob
  8. Lee Hui Pin
  9. Mastura Binti Mustapa
  10. Chong Yee Pheng
  11. Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood
  12. Sanjid Singh Sandhu
  13. Hamfazlin Sham
  14. Nur Shazana binti Mohamed Salleh
  15. Angeline Premila Rajandaran

Sehingga saat dan ketika ini, berita terkini pesawat MAS terhempas MH17 masih menunjukkan, belum ada sebarang penemuan dan petunjuk, apa sebab dan punca sebenar yang lebih lengkap disebalik targedi kapal terbang MH17 terhempas di Ukraine.

PP/S : Melihatkan Senarai nama penumpang pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) ramai juga ahli keluarga mangsa dari Malaysia yang terpaksa menelan berita pedih dan pahit ini. Moga diberikan kekuatan kepada mereka ini.

P/S : Buat masa ini apa yang lebih penting, penulis menyeru di sini kepada semua pembaca BLOG TUN HITLER agar kita sama-sama berdoa agar akan berlaku keajaiban dalam operasi menyelamatkan mangsa-mangsa tragedi kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines (MAS) dan dalam pada masa yang sama berharap segala operasi yang dilancarkan oleh pihak kerajaan malaysia terutamanya berjalan dengan lancar & dipermudahkan. Insyaallah. Amin

Berkaitan ...........
 - Kapal terbang MAS MH-17 terhempas

Khamis, 17 Julai 2014

KAPAL TERBANG MAS MH-17 TERHEMPAS




Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine (sempadan Rusia). Kapal terbang MH17 MAS Malaysia Airlines ditembak & jatuh terhempas . Belum reda kes tragedi kehilangan MH370 (DI SINI), terbaru seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu dahsyat buat kali kedua melibatkan negara Malaysia umumnya dan Malaysia Airlines (MAS) amnya tahun 2014 ini apabila pesawat MH17 terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia).

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang pada mulanya telah terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia akhirnya disahkan pesawat Mh17 jatuh terhempas oleh berita AFP.
Keadaan pada ketika ini cukup tragis melihatkan gambar bangkai kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ditambah dengan situasi begitu banyak mayat bergelimpangan di lokasi kejadian


Kronologi Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine


  • Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat darioada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan
  • Berdasarkan jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia
  • Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280 penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS)
  • Pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) berada pada kedudukan ketinggian 33,000 kaki
  • Ketika pesawat MH17 sedang dalam perjalanan di FL330, 50 nm barat laut Donetsk (Ukraine), secara tiba-tiba transporder isyarat telah hilang di FL330 pada kedudukan N48.56 E37.21
  • Laporan berita terkini Interfax telah memaklumkan pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia
  • Satu berita terkini yang cukup mendukacitakan setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan ketika ini pesawat MH17 terhempas di Ukraine (sempadan Rusia) didakwa kerana ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu yang mampu mencapai ketinggian 72,000 kaki
  • Walaubagaimanapun dakwaan pesawat MH17 terhempas ditembak jatuh angkara pejuang pemisah Pro Rusia telah dinafikan wakil pihak pejuang pemisah tersebut
  • Berita Terkini MH17 terhempas berhampiran bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak Pro Rusia
  • Berdasarkan laporan berita terkini Reuters yang diperolehi daripada sumber penerbangan Rusia mengatakan kapal terbang Mh17 malaysia Airines (MAS) sama sekali tidak memasuki ruang udara Rusia
  • Walaubagaimanapun zon penerbangan di mana pesawat MH17 terhempas adalah kawasan yang cukup bergolak dan konflik ketika ini






 
 



Ahad, 6 Julai 2014

Perompak berlesen punca tarif eletrik naik....

YTL POWER ikon kapitalis IPP
21 Tahun TNB Dirompak IPP Malaysia! Rakyat Malaysia Terus Tanggung Kenaikan Tarif Elektrik! : Sebelum ini Berita Semasa pernah laporkan secara terperinci (DI SINI) mengenai kemungkinan kadar tarif elektrik naik tidak lama lagi. Terbaru….
Bila-bila masa daripada sekarang, Kerajaan Malaysia bakal mengumumkan “sesuatu” untuk anda rakyat Malaysia pada bulan ini bagi penyusunan semula tarif elektrik di Malaysia seiring dengan mekanisme fuel cost pass-through (FCPT) yang ditetapkan setiap 6 bulan sekali. Samada :
  • Naik tarif elektrik (hampir pasti berlaku, disahkan Suruhanjaya Tenaga & Mypower Corp Bhd) @
  • Tarif elektrik kekal
Rakyat Malaysia sepatutnya menolak IPP Malaysia dan gunakan duit rakyat untuk bantu TNB tambah janakuasa, sedangkan IPP Malaysia bersenang-lenang di mana hanya kerja buat untung atas angin atas kesusahan yang dihadapi TNB, Petronas, dan keperitan rakyat Malaysia.
Terbaru kerajaan Malaysia dilihat terus membela nasib dan untung poket kapitalis IPP iaitu disebabkan kontrak lama bakal tamat tempoh tidak lama lagi.
  • Apabila ditanya kepada pihak pengurusan TNB. Jawapannya : “Kita masih mengkaji peranan kita..”
  • Apabila ditanya kepada YTL. Jawapannya : “Tiada komen..belum bincang lagi..baru nak buat board meeting..”
  • Tanya kepada Razak Majid, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga. Jawapannya : “Kami terima arahan untuk award tender ini kepada YTL..’
  • Tanya kepada menteri. Jawapannya : “Mahu berikan projek ini siap cepat, reserve margin 40% yang sedia ada tidak cukup dan mahu naikkan margin secepat mungkin..”
  • Dan akhirnya apabila pemberita tanya lagi. Soalannya : “Kenapa mesti bagi terus kepada YTL? Tiada open tender seperti kebiasaan?
  • Semua diam seribu bahasa….
Apabila YTL dapat kontrak IPP contohnya, TNB juga terpaksa beli sumber tenaga daripada YTL. Jikalau YTL jual mahal, akhirnya kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan yang mana pastinya rakyat marhaen yang bakal menanggung bebannya.

Sejarah Punca Sebenar Kenaikan Tarif Elektrik di Malaysia Tidak Munasabah?

ipp malaysia
  • Bekas Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Eksekutif Tan Sri Ani Arope telah mengeluarkan buku 143 muka surat “Memoir Tan Sri Ani Arope” mendedahkan bagaimana TNB terpaksa menandatangani pperjanjian belian bekalan elektrik (PPA) yang “terlalu murah & berat sebelah” dengan YTL selama 21 tahun – 1994-2015
  • Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan pada mulanya apa yang berlaku 21 tahun lalu, pada tahun 2011 ( DI SINI)
  • Selepas kejadian blackout pada tahun 1992, bermula era perniagaan skim cepat kaya taikun IPP di Malaysia yang mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) dibawah kuasa Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohammad), telah memaksa TNB menyerahkan tanah mereka di Paka (Terengganu) dan Pasir Gudang (Johor) kepada pihak ketiga bagi pembinaan janakuasa
  • Sedangkan TNB mempunyai pelan sendiri untuk membina lebih banyak janakuasa di atas tanah sendiri ditambah dengan kemampuan kewangan yang kukuh pada ketika itu
  • Tetapi EPU mempunyai rancangan tersendiri dek kerana sudah kurang percayadengan kemampuan TNB pada masa itu dan EPU dilihat lebih gemar bekerjasama dengan YTL
  • TNB telah menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan dijual pada harga 17 sen seunit
  • Malangnya IPP hanya mampu menghasilkan elektrik pada kadar harga 23 sen seunit sehingga menyebabkan TNB tiada pilihan lain lagi dengan mengenakan kadar tarif elektrik sekitar 30 sen seunit
  • Tiada rundingan, EPU mendesak TNB untuk bersetuju dengan perjanjian yang cukup berat sebelah tersebut
Berdasarkan rekod laporan tahunan Petronas :
  • IPP telah menerima subsidi sejumlah 8.1 bilion
  • TNB telah menerima subsidi RM5.7 bilion
  • Sedangkan 40% “reserve margin” membazir bergitu sahaja dek kerana Malaysia masih tiada teknologi untuk menyimpan bekalan yang telah dijanakan
  • Melalui perjanjian belian bekalan elektrik (PPA), IPP dibela EPU dimana keuntungan adalah terjamin dan akan selama-lamanya meningkat yang mana akhirnya rakyat Malaysia, anda, anda semua terus dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik

Keuntungan Skim Cepat Kaya Taikun IPP Malaysia?

Powertek IPP
  • YTL Power (Francis Yeoh) telah berjaya menjana keuntungan bersih lebih RM1.6 bilion dengan pendapatan sejumlah RM13 bilion.
  • Powertek Ananda Krishnan berjaya memperolehi pendapat sebanyak RM1.34 bilion dengan keuntungan bersih yang dicatatkan adalah sebanyak RM450 juta
  • TNB? Kos operasi tenaga Tenaga Nasional meningkat sebanyak 2.4% kepada RM17.379 juta (tahun 2010) juta berbanding RM16.974 juta pada tahun kewangan 2009
  • Semuanya kerana pembayaran yang tinggi terpaksa ditanggung TNB berjumlah RM12.528 juta pada tahun 2010, peningkatan sebanyak 5.9% berbanding tahun kewangan sebelumnya berjumlah RM11.827 juta).
  • Berdasarkan rekod, untuk YTL sahaja sudah RM20 bilion telah diserahkan TNB kepada YTL. Kenyang mereka…
  • Rakyat Malaysia dapat apa?
Cukuplah membela pengeluar tenaga bebas (IPP). Rakyat sangat berharap agar kerajaan berbuat keputusan yang lebih baik selepas ini dengan mengembalikan semula amanah dan bertanggungjawab terhadap penjanaan kuasa kepada TNB sepenuhnya. Biarkan TNB sahaja mengendalikan seluruh projek penjanaan tenaga elektrik.
Ini bukan bermakna, TNB akan memonopoli industri bekalan tenaga tetapi, tetapi…..sejarah telah membuktikan disebalik dasar penswastaan yang dilancarkan sejak tahun 1980 yang melibatkan utiliti terutamnya sumber tenaga dan air sebenarnya lebih banyak membawa kesan negatif berbanding kebaikannya kepada rakyat Malaysia.
P/S : Indahnya menjadi taikun IPP Malaysia, perniagaan yang dijamin keuntungan dengan risiko yang cukup rendah