UMNO TIPU SULTAN- GHAZALI JAWI ENGGAN LETAK JAWATAN MB (1974-1977)
Sultan Idris Shah II |
UMNO terlupa kisah penipuan dan derhaka mereka kepada Sultan Perak selepas pilihanraya Ogos 1974.Ketika itu,Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengemukakan nama Ghazali Jawi (bapa kepada Tajol Rosli) untuk diperkenankan menjadi Menteri Besar Perak.Sultan Idris Shah II enggan memberi perkenan kerana Ghazali Jawi telah ditangkap atas tuduhan rahsuah sewaktu kali pertama menjadi Menteri Besar perak pada tahun 1960.
Perlantikan Menteri Besar Perak tertangguh selama lebih sebulan sehingga Septembr 1974.Tun Razak melantik Ishak Tadin menjadi perunding untuk menyelesaikan krisis antara Sultan Idris Shah dengan menyatakan bahawa Tun Razak memohon Baginda Sultan melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar dengan bersyarat iaitu lantikan bertempoh hanya dua tahun sahaja.Selepas tempoh itu ,Sultan boleh melantik ADUN lain sebagai MB. Akhirnya Ghazali Jawi mengankat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 4 September 1974.
Tan Sri Ghazali Jawi |
Tajol Rosli Ghazali .Bekas MB perak dan dan juga anak kepada TanSri Ghazali Jawi |
Pergerakan Pemuda UMNO berkeras dengan pendirian " Sultan Perak mempunyai hak memberi perkenan melantik seseorang memegang jawatan Menteri Besar ,tetapi setelah diperkenan perlantikan itu Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan negeri untuk memecat atau memerintahkan Menteri Besar supaya meletak jawatan". " Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari menjadi Menteri Besar adalah hak seorang Presiden UMNO sahaja". Krisis antara Sultan Idris Shah dengan UMNO Perak berlarutan sehingga tahun 1977. Sepanjang tempoh itu,UMNO Perak berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan menyokong bekas Menteri Besar Kamarudin Mat Isa manakala satu kumpulan lagi menyokong Ghazali Jawi untuk terus menduduki kerusi Menteri Besar.
Oleh kerana tidak berbuat apa-apa untuk menyingkirkan Ghazali Jawi daripada kerusi Menteri Besar Perak,maka Sultan yang dalam keadaan kecewa telah bernazar "selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan,Baginda akan terus menyimpan janggut,jambang dan misai serta tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan exco kerajaan selama dua tahun". Ghazali Jawi hanya melepaskan jawatanya pada tahun 1977 atas kehendak Perdana Menteri baru iaitu Tun Hussein Onn. Selepas itu Sultan Idris Shah melantik Dato Seri Mohamad bin Haji Wan Teh sebagai Menteri Besar yang baru.
UMNO PENDERHAKA SEBENAR - DERHAKA DATO ONN
Melayu derhaka hanya muncul setelah lahirnya UMNO di bumi beradat ini. Dibawah pimpinan UMNO,Melayu menjadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa dimata rakyat. Sejarah membuktikan UMNO berulangkali mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun dicelah-celah pengkhianatan itu ,UMNO licik dengan lakonanya sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja.Dato Onn Jaafar |
Derhaka Melayu moden abad ke 20 bermula dengan kritikan terbuka Dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920an. Dato Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Kemurkaan Sultan Ibrahim membawa kepada tindakan memecat Dato Onn daripada jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927. Pada tahun yang sama ,abang Dato Onn iaitu Dato Abdullah Jaafar telah dipecat daripada jawatan Menteri Besar dan dilucutkan semua gelaran diikuti dengan hukuman buang negeri bersama Che Dara Jaafar iaitu kakak kepada Dato Onn. Derhaka itu diteruskan oleh Dato Onn dengan cara mengkritik dan menghina Sultan Johor sepanjang menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura sekitar tahun 1930an.
Dato Onn kembali ke Johor pada tahun 1936 dan berjaya mendapat semula kedudukan dalam pentadbiran negeri Johor sehingga dilantik memangku tugas Menteri Besar pada Oktober1946. Ketika itu Dato Onn adalah Presiden Umno yang pertama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan