Khamis, 17 Mei 2012

SKANDAL SCORPENE : zahid hamidi cemas




scorpene dalam pembinaan

Isu skandal Scorpene yang dibicarakan di mahkamah Perancis benar-benar memalukan imej negara di mata dunia apabila melibatkan skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia berlaku ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan pada 2002, di mana Perimekar memperolehi komisyen berjumlah RM457 juta.
Pada 20 April lalu, Hakim Penyiasat (Paris Tribunal Instance) Roger Le Loire telah menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.
Isu ini sangat penting dan memerlukan komitmen serta kehadiran Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Zahid Hamidi dalam perbicaraan kes tersebut di mahkamah Perancis. Jingga 13 merasa hairan kenapa Datuk Seri Najib Razak terus mendiamkan diri daripada menyatakan pendirian terhadap kes skandal Scorpene tersebut.
zahid hamidi ketika di TEL AVIV
ISRAEL.
Kenyataan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan bahawa mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung mengambarkan ketakutan amat sangat sehingga tidak bersedia untuk hadir ke perbicaraan tersebut.
Jingga 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak perlu takut untuk hadir ke perbicaraan tersebut jika mereka tidak bersalah dan tidak terlibat dengan skandal tersebut.
Adalah menjadi janggal dan menimbulkan tanda tanya kepada seluruh rakyat apabila Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi jika tidak bersedia untuk menghadiri perbicaraan tersebut seolah-olah menyembunyikan sesuatu dan berdolak dalik agar skandal yang melibatkan wang rakyat serta maruah negara tidak terbongkar.
Apakah yang sedang disembunyikan oleh Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan