Mahathir. Satu nama yang cukup dikenali sebagai pemimpin NO. 1 yang paling lama memerintah Malaysia iaitu selama 22 tahun.
Walaupun
sudah lama bersara, tetapi beliau masih lagi lantang mengeluarkan
kenyataan demi kenyataan samada melalui tulisan di blognya ataupun di
mana sahaja, lebih-lebih lagi Malaysia….bakal melalui pertarungan politik paling sengit dalam sejarah Malaysia tidak lama sahaja lagi……
Sebelum ini, Tun Mahathir cukup terkenal dengan kenyataan seperti :”lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal“
Yang mana syaitan merujuk kepada Barisan Nasional manakala Malaikat merujuk kepada Pakatan Rakyat. Katanya :
- “malaikat” itu bukanlah golongan yang suci kerana “Kadangkala”, malaikat juga boleh buat banyak perkara salah
- walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan
Terbaru
satu lagi bentuk peringatan yang ditujukan semasa berlangsungnya
Kongres Ekonomi Melayu baru ini-baru ini, di mana kali ini dikhususkan
kepada orang Melayu. Katanya :
- “Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan”
- “Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit,”
Kalau
anda semak semula kenyatan di dalam video ucapannya semasa berlangsung
Kongres Kesatuan Melayu, Mahathir ada mengingatkan kedudukan Melayu
telah terpecah ekoran perbezaan politik dan orang Melayu perlu bersatu
di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan
negara.
- “Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita”
Dalam
erti kata lain, dalam bentuk yang lebih mudah difahami, apa yang cuba
disampaikan di sini bermaksud “rezeki anda, anda semua pada masa akan
datang di tangan UMNO…Kalau tidak, anda akan mengemis macam pengemis di
bumi sendiri”
Video Ucapan Tun Mahathir Semasa Kongres Kesatuan Melayu
Apa yang perlu kita fikirkan di sini kata-kata Tun Mahathir ini banyak percanggahannya.
- Adakah Melayu akan kaya kerana memangkah UMNO atau Melayu UMNO sahaja yang akan kaya?
- Jika Mahathir lebih mengkhususkan kepada bangsa Melayu, ramai lagi rakyat Kelantan yang miskin. Adakah disebabkan mereka menyokong PAS? Oleh itu, mana-mana Melayu yang menyokong PAS akan jatuh miskin papa kedana?.
- Ataupun menyokong dan memangkah PAS akan jatuh bankrap?
- Siapakah sebenarnya yang akan miskin, sesetengah Melayu UMNO atau orang Melayu secara keseluruhannya jika UMNO dan juga Barisan Nasional tidak mendapat kuasa politik di Malaysia selepas ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
- Jadi….yang mana satu?
Baik
Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Menjadi penyokong sesebuah
parti tidak mencerminkan keinginan rakyat Malaysia secara menyeluruh.
Ahli UMNO ada sekitar 3 juta-4 juta orang ahli. Apa jadi kepada 24 juta –
25 juta rakyat Malaysia yang lain?Adakah mereka benar-benar menyokong BN ?
Tetapi itulah konsep di Malaya ini yang selama ini selalu digunakan dalam politik negara antaranya ialah :‘if u are not with me, you’re against me’
Bangsa
Melayu sudah dilihat semacam bergantung nyawa dengan politik untuk
mencari sesuap nasi dan kekayaan. Mana lagi bagus & lebih berdaya
saing? Orang Melayu yang masih lagi ‘degil’ tidak mahu bergantung harap
dengan hubungan & sokongan politik semata untuk berjaya atau orang
Melayu yang masih lagi mengharapkan bantuan & silap mata daripada
orang politik untuk berjaya?
Suka untuk kami mengimbau kembali hasil tulisan popular Pendeta Za’ba yang pernah dinukilkan sekitar pada tahun 1927 :
Berdasarkan kajian yang dilakukan dasar ekonomi yang ada dilakukan selama ini meletakkan :"Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya. Iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri."
- 40% daripada rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut adalah orang Melayu?
- 8 juta lebih Melayu masih lagi mempunyai pendapatan kurang dari RM1500. Anda anda salah seoarang daripada yang termausk dalam golongan ini?
Bukankah dasar ekonomi yang dilancarkan Datuk Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi yang dicetuskan semasa di zaman Dr Mahathir?
P/S : Kami ulang sekali lagi seperti dalam laporan berita DI SINI, mana yang lebih bagus? Menjadikan “sahabat anda” seorang bilionaire di
Malaysia ataupun mewujudkan lebih ramai sekitar 1,000 jutawan di
Malaysia?
LAGI PAPARAN MENGENAI NASIB MELAYU DIBAWAH UMNO dibawah..........
. UMNO cuba gadai tanah Kampung Baru pada bangsa asing
. Tanah rezab Melayu tergadai angkara UMNO
LAGI PAPARAN MENGENAI NASIB MELAYU DIBAWAH UMNO dibawah..........
. UMNO cuba gadai tanah Kampung Baru pada bangsa asing
. Tanah rezab Melayu tergadai angkara UMNO
bro, kajian ekonomi tu ada reference tak?
BalasPadam