Sabtu, 28 Julai 2012

FAKTA SEBENAR ISU AIR SELANGOR



Krisis air Selangor 

  Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini ?. Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat ?. Persoalan ini yang harus difahami  dan di kaji secara bijak oleh rakyat selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja.

Krisis air Selangor : : Air mentah atau air terawat ?

  Pada permulaan isu ini ,pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13.Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek  LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah?ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini.
  Realiti fakta sebenar ialah  Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi. Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor. Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah ,mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? .Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja? ,dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka.

Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan
                                air Selangor.

 Pemantauan  Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS ‘beroperasi di bawah keupayaan’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian “agar rakyat tahu kedudukan sebenar”.
Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:
  • Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter   sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
  • Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
  • Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.
Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.


Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1 ?

  Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS&Kerajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak.
  Seperti yang telah diperjelaskan di atas,masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi?. Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor?. Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu?
  Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini. Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air . Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat ,tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula,sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor .


Krisis air Selangor : Kesimpulanya

 Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukanya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini .
  Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas ,maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor.
  Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan.
 

Lagi komen mengenai KRISIS AIR SELANGOR klik disini



Jumaat, 6 Julai 2012

ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( siri 2)

 

UMNO TIPU SULTAN- GHAZALI JAWI ENGGAN LETAK JAWATAN MB (1974-1977)


Sultan Idris Shah II
   UMNO terlupa kisah penipuan dan derhaka mereka kepada Sultan Perak selepas pilihanraya Ogos 1974.Ketika itu,Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengemukakan nama Ghazali Jawi (bapa kepada Tajol Rosli) untuk diperkenankan menjadi Menteri Besar Perak.Sultan Idris Shah II enggan memberi perkenan kerana Ghazali Jawi telah ditangkap atas tuduhan rahsuah sewaktu kali pertama menjadi Menteri Besar perak pada tahun 1960.
  Perlantikan Menteri Besar Perak tertangguh selama lebih sebulan sehingga Septembr 1974.Tun Razak melantik Ishak Tadin menjadi perunding untuk menyelesaikan krisis antara Sultan Idris Shah dengan menyatakan bahawa Tun Razak memohon Baginda Sultan melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar dengan bersyarat iaitu lantikan bertempoh hanya dua tahun sahaja.Selepas tempoh itu ,Sultan boleh melantik ADUN lain sebagai MB. Akhirnya Ghazali Jawi mengankat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 4 September 1974.

Tan Sri Ghazali Jawi
   Dua hari selepas itu,Sultan memanggil Mokhtar Petah mengadap Baginda di Istana Tambun,Ipoh. Mokhtar Petah memaklumkan kepada Sultan bahawa tiada termaktub dalam perlembagaan yang Sultan boleh melantik seorang Menteri Besar untuk tempoh dua tahun sahaja. Apabila dimaklumkan akan hal itu,Sultan amat kesal dengan perlantikan yang telah dibuat.Mokhtar memohon agar Sultan bersabar untuk mengelakkan krisis antara parti politik yang memerintah (UMNO) dengan istana. Baginda bersetuju walaupun amat terkilan kerana UMNO telah memperdaya Baginda dengan janji-janji yang tak mungkin boleh ditunaikan. Setelah berlalu tempoh dua tahun,Ghazali Jawi tidak mahu berundur dari jawatan Menteri Besar. Sultan telah membangkitkan janji Perdana Menteri (melalui Ishak Tadin) mengenai tempoh dua tahun sahaja sepatutnya Ghazali Jawi menjadi MB. Ghazali Jawi dan pemimpin-pemimpin UMNO telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata " Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan boleh melantik ahli dewan undangan negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun sahaja" .

Tajol Rosli Ghazali .Bekas MB perak dan
dan juga anak kepada TanSri Ghazali Jawi

  Pergerakan  Pemuda UMNO berkeras dengan pendirian " Sultan Perak mempunyai hak memberi perkenan melantik seseorang memegang jawatan Menteri Besar ,tetapi setelah diperkenan perlantikan itu Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan negeri untuk memecat atau memerintahkan Menteri Besar supaya meletak jawatan". " Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari menjadi Menteri Besar adalah hak seorang Presiden UMNO sahaja". Krisis antara Sultan Idris Shah dengan UMNO Perak berlarutan sehingga tahun 1977. Sepanjang tempoh itu,UMNO Perak berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan menyokong bekas Menteri Besar Kamarudin Mat Isa manakala satu kumpulan lagi menyokong Ghazali Jawi untuk terus menduduki kerusi Menteri Besar.
  Oleh kerana tidak berbuat apa-apa untuk menyingkirkan Ghazali Jawi daripada kerusi Menteri Besar Perak,maka Sultan yang dalam keadaan kecewa telah bernazar "selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan,Baginda akan terus menyimpan janggut,jambang dan misai serta tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan exco kerajaan selama dua tahun". Ghazali Jawi hanya melepaskan jawatanya pada tahun 1977 atas kehendak Perdana Menteri baru iaitu Tun Hussein Onn. Selepas itu Sultan Idris Shah melantik Dato Seri Mohamad bin Haji Wan Teh sebagai Menteri Besar yang baru.

UMNO PENDERHAKA SEBENAR - DERHAKA DATO ONN

  Melayu derhaka hanya muncul setelah lahirnya UMNO di bumi beradat ini. Dibawah pimpinan UMNO,Melayu menjadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa dimata rakyat. Sejarah membuktikan UMNO berulangkali mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun dicelah-celah pengkhianatan itu ,UMNO licik dengan lakonanya sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja.
Dato Onn Jaafar

  Derhaka Melayu moden abad ke 20 bermula dengan kritikan terbuka Dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920an. Dato Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Kemurkaan Sultan Ibrahim membawa kepada tindakan memecat Dato Onn daripada jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927. Pada tahun yang sama ,abang Dato Onn iaitu Dato Abdullah Jaafar telah dipecat daripada jawatan Menteri Besar dan dilucutkan semua gelaran diikuti dengan hukuman buang negeri bersama Che Dara Jaafar iaitu kakak kepada Dato Onn. Derhaka itu diteruskan oleh Dato Onn dengan cara mengkritik dan menghina Sultan Johor sepanjang menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura sekitar tahun 1930an.
   Dato Onn kembali ke Johor pada tahun 1936 dan berjaya mendapat semula kedudukan dalam pentadbiran negeri Johor sehingga dilantik memangku tugas Menteri Besar pada Oktober1946. Ketika itu Dato Onn adalah Presiden Umno yang pertama.
   Pada tahun 1947, dato Onn atas kapasiti Presiden Umno telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang diisi oleh seorang Melayu bukan dari istana. Cadangan itu mengakibatkan kemurkaan sekelian Raja-Raja Melayu kerana nyata ia bermaksud meletakkan seorang Melayu bukan Raja dikedudukan lebih tinggi daripada Raja-Raja. Sekelian Raja-Raja terutamanya Sultan Badlishah (Sultan Kedah) mengisytiharkan Dato Onnsebagai penderhaka.
Hishammudin Tun Hussein ( menteri
KDN kini) ,cucu kepada Dato Onn
Jaafar

  Isu itu membawa kepada pertembungan terbuka diantara Umno yang dipimpin oleh Dato Onn dengan raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Sultan Kedah. Kemuncak perbalahan itu ialah serangan Umno terhadap Sultan Kedah dengan cara menghina baginda semau-maunya pada tahun 1948. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-Raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang mengatasi ketinggian Raja-Raja itu.
Selepas itu, Umno meneruskan derhaka yang lebih melampau dalam perlbagai isu. Dato Onn berulangkali menuduh Raja-Raja mungkir janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Mesyuarat agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 telah melemparkan tuduhan bahawa Raja-Raja lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat Melayu biasa. Umno juga menuduh Raja-Raja telah berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno melalui penguatkuasaan larangan berpolitik terhadap pegawai kerajaan bangsa Melayu.
Demonstrasi anti penderhakaan
Dato Onn Jaafar
  Umno menderhaka pada tahap paling melampau apabila menuduh Sultan Kedah sebagai “kacang lupakan kulit” dan mengugut untuk menggerakkan rakyat menamatkan sistem pemerintahan beraja. Sultan Kedah kemudiannya bercadang mengharamkan Umno dinegerinya manakala Sultan Johor memaksa Dato Onn meletak jawatan Menteri besar pada 17 Jun 1949.
  Umno menderhaka kepada raja seawal umurnya masih bayi dizaman Presiden yang pertama lagi.


                    BERSAMBUNG KE SIRI 3


Sambungan..

- ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( SIRI 1)