Rabu, 9 Mei 2012

KERAJAAN YANG TIADA PEBDIRIAN.....


Thursday, May 10, 2012

Tarik Balik RUU Kesalahan Pilihanraya: Apahal Mahathir yang gelabah ni?


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan tidak menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya kerana khuatir akan berlaku perkara-perkara di luar kawalan.

"Saya khuatir kalau kerajaan 'withdraw' (tarik balik), macam-macam akan berlaku... kita tak dapat buat apa-apa, pendek kata akan berlaku penipuan yang besar dan tidak ada satu yang boleh kita lakukan.

"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini bahawa kerajaan akan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya berikutan tentangan daripada anggota-anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Nazri berkata beliau akan mengemukakan usul untuk menarik balik cadangan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu di Dewan Negara esok.

Dr Mahathir berkata cadangan untuk menarik balik rang undang-undang itu mungkin kerana kerajaan yakin dapat menangani kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun, beliau berkata: "Tetapi kalau saya jadi perdana menteri, saya kurang yakin la... saya tak kuat".

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan buku bertajuk 'Towards World War III Scenario : Dangers of Nuclear War' hasil tulisan Michel Chossudovsky sempena prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah kemudian menghadiri sesi dialog dengan Chossudevsky, seorang profesor ekonomi dari University of Ottawa.

Chossudevsky dalam bukunya, antara lain menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia untuk melancarkan perang nuklear terhadap Iran dan Korea Utara, yang menurutnya mungkin menyebabkan perang dunia ketiga.

Beliau turut mendakwa bahawa pendapat saintifik diguna untuk memanipulasi pandangan masyarakat antarabangsa bagi menghalalkan 'perang kemanusiaan' menggunakan taktik senjata nuklear, atas nama keamanan dunia, dan pada masa sama mengesahkannya sebagai satu cara untuk melindungi dunia barat daripada serangan nuklear. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan