Jumaat, 29 Jun 2012

ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan (siri 1)


Isu kenyataan Nizar di Twitter mengenai  WWW 1 
 
  Sekali lagi UMNO akan memainkan isu "derhaka pada raja-raja" dengan mengunakan isu WWW 1 sebagai asas untuk menjatuhkan imej DATO SERI NIZAR JAMALUDIN.Tempoh hari beberapa anggota polis dari negeri Johor telah datang ke Ipoh ,Perak untuk menemui Nizar bertujuan untuk mengambil kenyataan beliau.Selepas ini besar kemungkinan akan ada tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Nizar bagi memuaskan hati pemimpin-peminpin UMNO yang mahu Nizar dijatuhkan.

  Sebagai mukaddimah dan pengenalan mengenai serangan UMNO mengenai isu "DERHAKA" ke atas pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat terutama kepada Nizar adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit sejarah-sejarah penderhakaan terhadap Raja-Raja melayu yang terang-terang telah dilakukan oleh UMNO sebelum ini.


Selayang pandang kemelut di negeri Perak

  Istilah "SEMBAH DERHAKA" oleh DS Nizar kebawah DYMM Sultan Perak pada 5 Februari 2009 adalah " sembah sopan lagi beradab" yang termaktub sebagai halal dalam adat istiadat dan budaya Melayu turun-temurun. Sembah begitu adalah adab tentang cara berbeza pendapat dengan Raja yang memerintah. Tiada cacat dan tiada celanya.

  " SEMBAH DERHAKA" bukanya bererti " menderhaka" dalam konteks menentang dan memberontakterhadap Raja. Ia cuma kaedah berbahasa dibawah bumbung istana semasa majlis perbincangan antara rakyat dengan Raja,seperti bahasa musyawarah dalam sidang mengadap di Balai Rong Seri istana Raja zaman berzaman.


   Pertembungan antar rakyat dengan istana di negeri Perak yang berlaku pada tahun 2009 adalah angkara UMNO ,lantaran hajat politik yang songsang dan tidak beretika.Demi hajat itu,UMNO tergamak berdiri di belakang Raja dan menolak baginda ke hadapan agar berkelahi dengan rakyat jelata.Setelahmemangsakan Raja untuk hajat politikyang menafikan mandat rakyat ,UMNO terus merosakkan imej istana di mata hati rakyat jelata melalui provokasi media cetak dan elektronik yang mereka kuasai.Tari UMNO memang berseni dan licik.Mereka berlagak mempertahankan Raja,mereka mencerca sang penderhaka .Kononya yang malang itu Raja dan yang celaka itu rakyat yang penderhaka.

Permintaan rakyat Perak pada Sultan

  Sebenarnya pertembungan itu ciptaan UMNO.Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat diransang supaya mengherdik istana .Apabila Raja terguris murka,UMNO melompat menjadi juara sembah taat dan setia  yang penuh kepura-puraan,Saat itu segala hajat UMNO pasti akan diperkenan oleh baginda tanpa berfikir panjang.Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara Divide and Rule.


Parameswara Sultan pertama Melaka



Sejarah ikatan taat setia rakyat dan Raja Melayu

  Catatan sejarah Bukit Seguntang menceritakan taat setia orang Melayu pada Raja bermula dengan " WADAT" antara Raja bernama Sang Sapurba yang bergelar Sri Tri Buana dengan rakyat yang diwalkili oleh Demang Lebar Daun.

Pendekar Melayu yang taat pada Raja
Sri Tri Buana diminta oleh Demang Lebar Daun agar menerima anak cucunya sebagai rakyat yang tidak dizalimi.Andai rakyat melakukan kesalahan,hukumlah mereka dengan adil dan saksama apatah lagi jika melanggar hukum syarak,maka keadilan syarak itulah yang utama. Sri Tri Buana kabulkan permintaan itu dengan syarat sekelian rakyat jelata jangan menderhaka kepada semua Raja dan keturunanya.
Kata Demang Lebar Daun " baiklah Tuanku,tetapi jika anak buah Tuanku yang dahulu mengubahnya ,maka anak cucu patik pun akan mengubahnya ia". Demikian " WADAT" antara kedua-duanya iaitu antara Raja dan Rakyat. Maka titah Sri Tri Buana " baiklah,kabullah hamba akan "wadat" itu.
Sempadan hak dan tanggungjawab antara Raja dan rakyat dalam kisah itu diakhiri dengan akuan" jikalau wadat ini dilanggari,dibalikkan ALLAH bumbung rumahnya kebawah,kakinya keatas" dengan maksud nescaya jadilah negeri itu porak peranda.

Ahli UMNO Terengganu menghina Sultan

  Menurut sejarah Melayu,antara keturunan Sri Tri Buana ialah Sultan Melaka dan keturunanya termasuk Sultan Perak dan Kesultanan Johor abad ke 16. Kesultanan Perak pada hari ini adalah keturunan Sultan Muzaffar Shah ,anaknda Sultan Melaka Sultan Mahmud Shah.Kesultanan Johor juga adalah keturunan Sultan Mahmud Shah namun telah berakhir pada tahun 1699 dengan peristiwa " mangkat dijulang" yang meshyur itu.
  Kesultanan Terengganu juga mempunyai hubungan dengan Melaka melalui jurai keturunan Bendahara. Pada awal abad ke 20 ,Sultan Zainal Abidin III bersama para ulama telah mengubah undang-undang tubuh negeri Terengganu yang dinamakan "Itqanul Muluk bi Taqdisis Suluk" yang menetapkan Sultan tidak boleh menyerahkan negeri itu kepada kuasa asingsebagai salah satu syarat untuk mendapatkan ketaatan rakyat. Jika dilanggar,maka tiadalah wajib lagi rakyat untuk menyembah taat setia kepada Raja. Selepas Raja menerima penasihat British pada tahun 1919,rakyat bangkit menentang melalui pemberontakan besar antara tahun 1924 hingga tahun 1928.              
                                                                                                                                                                          
Raja-Raja Melayu

  Sejarah bangsa Melayu dihiasi dengan adat istiadat dan budaya taat setia rakyat kepada Raja.Pantang bangsa Melayu menderhakai Raja. Sedikit cebisan  kisah-kisah kebangkitan rakyat menyanggah istana hanyalah dikala keadilan Raja benar-benar gersang sehingga rakyat terlalu derita. Selain itu ,kisah istana dan rakyat jelata indah belaka dengan junjung kasih taat setia selama-lamanya. Bagaimanapun ia tertakluk selagi mana istana menjungjung tinggi kedaulatan agama ISLAM yang sinonim dengan bangsa Melayu.

                                                                 BERSAMBUNG KE SIRI 2.........................................


Sambungan...

- ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( SIRI 2) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan