Khamis, 19 Jun 2014

GST : Ahmad Maslan berbohong kepada rakyat...



 
Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 ?

Sebelum ini Malaysia dicanang terutamanya melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sambil melaung-laung kata-katanya harga barang akan turun sepertimana iklan-iklan bertebaran di media arus perdana ketika ini. Rakyat Malaysia ibarat tinggal di syurga apabila seringkali disuapkan dengan “kebaikan dan kesempurnaan GST sahaja” tanpa rakyat diperingatkan dengan implikasi supaya lebih bersedia.

Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah
  Tetapi hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah tampil memberikan kenyataan dan menjelaskan di mana bagi rakyat yang bijak menilai maklumat  ia menunjukkan realiti sebenar yang bakal berlaku selepas GST sama seperti yang diramal pakar-pakar ekonomi (SEPERTI DI SINI SUMBERNYA) bagi membolehkan rakyat Malaysia terus bersedia sambil kerajaan akan menyusuli beberapa tindakan bagi mengawal keadaan selepas pelaksanaan GST :

Gelombang Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 : Kenyataan Tan Sri Dr. Mohd. Irwan

  1. Bukan sahaja harga barang naik, inflasi juga akan naik
  2. Inflasi akan naik sepertimana yang pernah berlaku di Australia & Singapura selepas mereka melaksanakan GST
  3. Kenaikan harga barang yang naik akan reda semula selepas tempoh lebih kurang setahun apabila GST mula dilaksanakan
  4. Malaysia dicanang bakal menjadi antara negara yang terakhir di ASEAN bagi melaksanakan GST selain Myanmar dan Brunei.
  5. Kerajaan akan pantau harga supaya tidak terus menekan pengguna
  6. Senarai harga barang yang penuh keluar Januari depan
  7. Kerajaan berjanji akan menangani gelombang kenaiakn harga barang dengan penguatkuasaan tegas menjelang pelaksanaan GST kelak
 Dan juga kerisauan Cuepacs (DI SINI) mengenai gelombang kenaikan harga barang naik 2015 dan juga kos sara hidup lain berasas melihatkan implikasi kepada 1.4 juta penjawat awam di Malaysia.
Siapa beri fakta ,siapa beri auta ?
Dan, kenyatan terbaru Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah bagi TUN HITLER ia adalah sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia walaupun gaji dan pendapatan anda tidak naik, suka atau tidak anda sebagai rakyat Malaysia yang menjadi “pembayar cukai GST 6%” kelak perlu lebih bersedia untuk menghadapi gelombang kenaikan harga barang naik 2015 serta lonjakan kadar inflasi di Malaysia tidak lama lagi.

 Setelah menilai kenyataan manis Ahmad Maslan yang menceritakan kisah-kisah manis yang bakal berlaku selepas perlaksanaan GST dan juga kenyataan pahit yang akan berlaku selepas perlaksanaan oleh  pihak-pihak yang tidak bersetuju perlaksanaan GST termasuk dari pakar-pakar ekonomi adakah masih ada rakyat tidak dapat menilai baik buruknya GST untuk rakyat ?. Adakah Ahmad Maslan dan kerajaan malaysia menyorok maklumat sebenar GST atau berniat untuk cuba memperbodoh-bodohkan rakyat mengenai perlaksanaan GST ini............???

Guna akal untuk menilai........




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan