Media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Siasatan mereka akan mengambil masa dua tahun dengan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.
“Perjanjian itu dilakukan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh rakan rapat Najib dan penasihat dasar, Abdul Razak Baginda,” laporan itu dipetik.

The Vancouver Sun menyebut, dalam surat tulisan tangan yang ditemui selepas kematian model Mongolia itu berkata, Altantuya berhasrat berjumpa Razak Baginda untuk menuntut USD500,000 sebagai komisen perjanjian Scorpene.
Laporan itu dipetik berkata, Razak Baginda dan dua pengawal peribadi Najib iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah didakwa membunuh Altantuya. Bagaimanapun, Razak kemudiaannya dibebaskan tanpa perlu membela diri. Azilah dan Sirul pula dijatuhi hukuman mati.
“Mereka merayu keputusan itu, tetapi perbicaraan ditangguhkan. Ramai meramalkan rayuan tidak akan didengar selepas pilihan raya yang dijangka pada Jun (ini),” kenyataan itu dipetik.
The Vancouver Sun adalah akhbar harian utama di British-Columbia, yang dimiliki syarikat Rangkaian Postmedia, berpangkalan di Kanada.
Laporan penuh di sini
Sementara itu dalam ulasan mengenai isu ini oleh ketua pembangkang malaysia DATO SERI ANWAR IBRAHIM turut membidas sikap NAJIB yang dilihat takut untuk menghadiri perbicaraan tersebut seperti yang di ucapkan di satu ceramah di negeri perak jumaat lalu :
PARIT BUNTAR 19 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berani menjadi saksi perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis bagi membuktikan dirinya bukan seorang pengecut, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekiranya beliau benar-benar yakin tidak terlibat dalam dakwaan kes isu Scorpene, Datuk Najib tidak perlu takut dalam menegakkan kebenaran.
“Mudah saja, hadir dan berikan keterangan sebagai saksi. Ini bukan perkara sukar untuk dilakukan kecuali adanya sesuatu kebatilan yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat negara ini, ” tegasnya ketika berucap di Dataran Rakyat, Pekan Tanjong Piandang di Parit Buntar, Perak malam semalam.
Berucap di hadapan kira-kira 10,000 penyokong Pakatan, Anwar berkata Najib tidak boleh memperbodohkan Mahkamah Perancis sepertimana yang dilakukan terhadap sistem keadilan di negara ini.
“Jika dalam negara beliau boleh menolak dengan mentah untuk menjadi saksi, tetapi perbicaraan di mahkamah luar negara, tidak boleh ia perbodohkan sepertimana yang dilakukan di sini,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
amekaw! mana mau lari??
BalasPadam