Isnin, 10 Disember 2012

AES : KESELAMATAN RAKYAT ATAU PERUT KRONI...?


  AES ( automatic einforcement system) telah diperkenalkan oleh kerajaan  yang kononya sebagai salah satu cara untuk menggurangkan kadar kemalangan jalanraya di malaysia. Berbagai-bagai statistik dari negara lain yang menggunakanya di pamerkan sebagai salah satu cara untuk mengwajarkan penguatkuasaanya.Bagaimanapun statistik-statistik yang diambil dari negara luar itu gagal di padankan pula dengan statistik penggunaan kenderaan oleh rakyat di malaysia pula. Contohnya stastitik kemalangan di malaysia tinggi melibatkan pengguna motosikal sudah tentu disebabkan oleh penggunaan motosikal yang tinggi oleh rakyat malaysia dan ini tidak berlaku dinegara-negara lain yang menggunakan AES ini. Bagaimanapun statistik inilah yang diwar-warkan kerajaan tanpa menggambil kira perkara-perkara lain untuk dijadikan pertimbangan.

  Kesilapan terbesar AES adalah penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaanya. Mengapa tidak JPJ sahaja uruskan sendiri?  Apabila ramai yang sudah mengetahui setiap pembayaran saman AES, terdapat 2 syarikat akan mendapat habusan besar ini, ramai yang mula kurang berpuas hati dnegan cara pelaksanaan seperti ini. Walaubagaimanapun, hasil saman AES tidak mengecewakan kedua-dua syarikat yang mengendalikan saman AES ini, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd di mana……..
AES Check Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
kamera AES dirosakan oleh rakyat yang marah
Di mana, berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03 Disember 2012 berkaitan AES bagi soalan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed.
Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:


  • (i) kesalahan pertama – memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman;
  • (ii) kesalahan kedua – melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899 saman; dan
  • (iii) kesalahan mengikut negeri, iaitu:
  • (a) Perak – saman dikeluarkan 81,001 saman;
  • (b) Selangor – 142,809 saman;
  • (c) Kuala Lumpur 10,213 saman; dan
  • (d) Putrajaya – 22,876 saman.
Jumlah 256,899 saman AEs yang telah dikeluarkan setakat ini. Baru 14 lokasi beroperasi selama 2 bulan sejak 23 September 2012. Dijangka anggaran sekitar 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 mampu mereka perolehi. Ini baru di 14 lokasi. Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi kelak?
  • Oleh itu, 1 saman RM300 : 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 dan daripada RM77,069,700.00 itu kedua-dua syarikat dijangka akan perolehi sekitar RM4,110,384.00.
AES JPJ Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan seperti anda supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika anda bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.
Jikalau ramai yang tahu hak masing-masing pasti tidak akan membayar terus saman yang diterima. Ini kerana saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.
Dan saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.
Ok contoh pertuduhan mengenai saman AES ini di mahkamah :
“Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)”
Adakah kamu mengaku bersalah?
Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima & maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga & penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan jaminan berkelakuan baik.
Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan, maka Mahkamah akan melepaskan OKS.
Saman AES VS Saman POlis Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
JPJ hanya menguatkuasakan undang-undang, tetapi bukan mereka yang menentukan samada anda bersalah atau tidak. Itu adalah kerja mahkamah yang menentukannya. Ditambah pula baru-baru ini……
  • 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di Mahkamah majistret Kuala Lumpur
  • Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, yang hadir untuk kes mereka didengar mahkamah
  • Yang menariknya di sini, 14 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah. Dua puluh empat orang yang mengaku bersalah itu didenda RM300 manakala 20 lagi diberi amaran. Nampak di situ?
P/S : Usaha Beta tegap Sdn. Bhd. & ATES Sdn. Bhd. tidak sia-sia. Nampaknya usaha mereka mula berhasil, mereka akan terus bekerja keras untuk melipatkan jumlah perolehan melalui “bisnes saman trafik ini” pada masa akan datang bagi membolehkan mereka menampung kos pelaburan yang dilakukan mereka berjumlah RM400 juta secepat mungkin sekaligus mula menuai hasil keuntungan selepas daripada itu.

LAGI BERITA MENGENAI AES DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan